Isnin, 19 Januari 2009

MISI KEMANUSIAAN KEMBOJA

Saya akan ke Kemboja dari 5 - 9 Disember 2008 mengetuai satu MISI KEMANUSIAAN untuk menghantar korban yang dikirim oleh sahabat-sahabat di Malaysia. 8 Disember ialah Hari Raya Aidil Adha. Kami akan menyembelih korban pada 8 dan 9 Disember di beberapa buah kampung.
Harga satu bahagian korban ialah RM250.
Saya membuka tawaran kepada sahabat-sahabat yang turut ingin ke Kemboja dengan kos sebanyak RM1200 meliputi:

* Tambang pergi balik dengan AirAsia.
* Penginapan.
* Makan minum.
* Pengangkutan untuk melawat ke tempat bersejarah, muzium perang, perkampungan umat Islam, masjid, pondok dan institusi pendidikan.

Peserta boleh membawa bantuan pakaian, perubatan, makanan dan kewangan serta menyampaikan sendiri kepada umat Islam di Kemboja. Peserta juga boleh menyumbang kepada beberapa buah masjid yang sedang dibina.
Bagaimana ikut serta?
SMS nama dan alamat ke: 016-4028344 atau e-mel: hjmohdz@telagabiru.net.my serta masukkan ke dalam akaun No: 14160067926528 CIMB Bank wang pendahuluan RM600 sebelum 1 Disember dan bakinya ketika bertolak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan